Sunday, 26 June 2016

Kecewa

Kebiasaannya manusia ni kalau dia menulis selalunya tengah sedih,melalak,meratak dengan sesuatu benda. And know my turn. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Seriously rasa nak menangis. Ya tuhan, kuatkan lah aku. Aku dah tak sanggup nak hadap being as a gay ni dah. Sakit gila hati, kecewa hati ni . Okay let me tanya you guys if your CRUSH yang treat you guys macam couple dia dah yang you guys ingatkan straight,and korang respect dia as straight guy, then dapat tahu yg dia gay and kejar orang yg selalu ada kat sekeliling kau and kau nampak dengan biji mata kau sendiri yg dia chat org tu. SUMPAH aku dah tak sanggup nak hadap. SEBULAN KEMUDIAN. Kahkah. Mula mula tu aku tak boleh move on jugak lah. Acah sedih sebab konon habang "seterek" yg aku crush tu chat mak hayam besar. But tah lah. After a month, aku tak ingat dah pasal dia. HOHOHOHO rasa macam "ehh kita pernah kenal ke dulu?". Bukan nak kata apa, just nak cakap, tak guna pun jadi manusia yg jenis nak game orang ni. Jenis nak lepas tekak, bila orang ni takda, kau cari orang lain, bila orang tu takda, kau cari orang lain. Bruhhhh. Ingatlah teman teman ku. Janganlah korang menjadi moneyboy. Kerana sesungguhnya itu perbuatan yg teramat keji dan pfffftttt HAAHAHAHAHAHHA.

Wednesday, 24 February 2016

Rahsia Terbongkar!?

okay setelah puas aku kerjakan phone baru yang cikai ni akhirnya baru sekarang ada masa nak up entry. haha aku ni quite 'perak' lah jugak. well hello! suka hati lah aku nak hidup, makan,mandi semua dengan barang aku. hasil titik peluh sendiri kay! aku tak mintak simpati mintak satu sen pun duit orang lain. blaa blaaa. hahahaha tetiba emo pulak apa kes!? haha.

back to the title,tah lah tetiba tergerak hati aku nak cerita pasal topik ni. maybe sebab ada something yang viral berlaku sekarang ni buat aku rasa nak open pasal benda ni. setelah phone aku jahanam 3 minggu tu enn, akulah manusia paling lost aku rasa kat dunia ni. haha dengan berita pun ada tv3 je ada. tak habis habis pasal politik, so aku decide untuk tak tengok tv langsung. so apa aku buat? habiskan masa dengan sebakul novel lah jawab dia and ada lah aku tanam tanam sayur gitu. uhukkk aku ni memang jenis suka menanam ni,cinta alam sekitar gitu. hoho. selepas keberadaan phone baru yang cikai ni, aku pun dengan ghairahnya membelek segala benda, then aku terjumpa berita pasal pelajar Malaysia yang di buang keluarga. Mula mula aku tak baca pun lah berita tu,aku just baca title je then scroll balik. then lepas berapa hari lepas tu, aku pun tergerak hati untuk search pasal berita tu. time baca berita tu aku pun nampak nama student tu. aku macam shock jugak *ehh takkan dia kot* . then scroll lagi nampak gambar dia. aku macam like dude! keciknya dunia ni. nak tahu sebab apa aku kata keciknya dunia ni, PM aku dekat hangout, then aku akan cerita.

apa yang aku nak cakap kat sini, aku semenjak dua menjak ni aku rasa macam something wrong some where dengan ahli keluarga aku. yeahh sebab ada sorang ahli keluarga aku ni ada kawan yang bukan calang calang orang dalam dunia fashion kat Malaysia ni. so paham paham jelaaa, kalau dah kawan dengan fashion designer ni. dah sah ramai kawan yang *korang paham lah apa maksud aku kan*. pada suatu hari ,jeng jeng jeng! hahaha tak nak serious sangat. pada hari tu time tengah makan dengan family ni semua ,boleh dia bukak cerita pasal kawan dia yang gay. lepas tu tiba tiba dia cakap "mak mana yang tak luluh hati bila dengar anak diorang gay" aku time tu dah macam takda mood dah. then aku makan cecepat then blahh masuk bilik. then adalah haritu aku dengan ahli keluarga aku yang power gaydar dia ni keluar nak usha jam dengan kasut baru. malas nak keluar naik kereta sebab jam, so naiklah train. sebab mall tu dekat je dengan rumah. then tengah borak pasal peritiwa yg berlaku time dalam train di mana ada pasangan gay yang berani mati berpelukan dalam train. lepas tu aku dengan ahli keluarga aku tu pun borak borak pastu tetiba dia cakap "ehh kau bukan gay jugak ke?" lepas tu dia gelak gelak. "kepala hotak kau!"aku marah dia sambil buku lima ni melekat belakang dia. pastu dia cakap "aku ingat kau gay". pffttttttt

berdasarkan apa yang berlaku, aku risau dengan apa yang akan jadi. aku just harap ujian aku tak seteruk ujian student Malaysia tu. aku tak boleh bayangkan apa akan jadi. what should i do to make it more secret??? hmmmm. aku harap aku jumpa *lelaki* pertama dan terakhir ,yang percaya aku, yang aku boleh cerita semua pasal aku, dan mampu tarik aku untuk keluar dari dunia ni dan aku akan usahakan untuk tarik dia keluar dulu dari dunia ni. aku harap aku jumpa dia secepat mungkin. semoga segalanya di permudahkan Allah.

*******

rasa macam nak gi tengok movie PPZ lah pulak. aku ni suka genre ala ala katholik, victoria, zombie gini. rare bohhh alaa alaa art gitu. so sesiapa berminat nak teman? hahaha. MR Bad ni keseorangan ni. no cubby please. kahkah macam cibek jee bukak PR. no lahhh aku tak kesah pun kau macam mana. kita nak kawan, kalau serasi apa salah untuk next step. uhukss *baling batu. okaylah sampai sini je.
salut!

Friday, 19 February 2016

Pengalaman Hampir di perkosa

KAHKAHKAH!!! aku sendiri baca tajuk entry ni aku tergelak. haha bapak hardcore.
yaaa tuhan.. lama gila aku tak up blog. bukan apa, aku ada masalah sikit nak update ni. then berita paling sedih and macam tutttt bila aku dah spend duit gaji aku dekat barang barang aku then malam tu pulak fon aku rosak!! hadehhh apalah nasib aku ni haaa. dan dengan itu, gagah lah aku berjalan kat kl tu tanpa fon. and bila balik rumah dekat hometown aku, aku menghabiskan masa dengan novel yg bertimbun atas meja ni haa. 3 minggu wehh hidup takda fon + astro prob tak boleh tengok. aku rasa macam nak terjun bangunan jehaaa. okay sebelum aku melalut sampai kemana,kita back to main point.
********
mesti ramai terkezut bila tengok title entry ni kan? okay aku nak clean awal awal,entry ni takda cerita pasal sesiapa yang ternoda pun.hahaha potong stim tak? hohoho. dalam life aku,aku ada beberapa pengalaman yang berunsur kearahhh plu & sex dan sekarang baru aku relaise semua benda ni. maksud aku sebelum ni aku tak pernah nak pikir sejauh ni pasal benda benda ni,aku pikir gitu gitu je. and sekarang baru aku sedar yg diorang is gay too!!! *maybe. time aku sekolah menengah dulu aku ada lah follow pergi kem kebangsaan dekat cameron. seminggu duduk sana and macam macam jadi either bad or good. and aku pun adalah kenal sorang budak laki ni, dia ni tua setahun dari aku *rasanyalah. dia ni taste jugak lahhh sebab sado badan dia *hagaha!! jilaka enn. dia ni time bebudak cubby,then dah besar hamik kau! leleh tengok.
then pada hari tu program kami ni ada pergi mendaki gunung dekat cameron. then,bila dok pumpang pumpang mendaki ni,tangan dia tu sokmo gatal nak sentuh *but aku. kami orang ni jalan ikut team sendiri so kami orang orang yg depan sekali. then dia pun mengganas *hahahaha ayat suspen. setiap kali nak naik bukit 70° dia akan tolong aku. tapi tangan dia akan cubalahh nak tepuk but aku . hahaha masa tu aku tak anggap apa apa lah pulak sebab normal lah kan lelaki tepuk but lelaki. but yg buat aku pelik gila gila bila kami balik dari mendaki kami terus rapat. then malam tu dia ajak aku lepak bilik dia,and aku pun pergi lah. tapi time nak turun tu,dia tetiba gi tepuk then rayap bagai. bhaahah!! what the fish!! aku terasa diriku dinodai!! haha. then after that dia act biasa je macam dia tak buat apa apa. i think was a joke MAYBE?.
and yang kali ni memang aku dah lama nak cerita dekat orang,but takda siapa yg boleh dengar pulak enn. citerr gay,jap lagi kena baling batu pulak. okay yang kali ni time aku pindah dekat sekolah baru. first year laaa dekat situ,then sekolah aku ada buat camping untuk unit uniform. and nak di jadikan cerita,dekat sekolah aku ni ada laaa mamat melayu sebaya dengan aku ni yg jenis pelik. why aku kata dia pelik sebab dia ni kejap mood ok kejap tak ok. hadess. kira dia ni semua budak melayu ikut bontot dia laaa *sekolah aku melayu berapa kerat je. so aku dengan dia ni kira comci comca laaa so so gitu. but kadang kadang dia jadi terlalu baik dengan aku. so lepas aku dah sampai camp tu aku kene tidur dengan unit sendiri. si budak tu pulak ketua unit untuk unit aku dekat kem tu.then aku kena lah tido sekhemah dengan dia and sebelah dia. khemah tu muat untuk 5 orang. khemah unit aku ni 2 india 3melayu termasuk aku.
then lepas mendaki bukit * asal rasa ternoda je mesti ada pasal bukit ,apa lah kau ni Bad. haha. then petang tu aku gi khemah jap sebab tu time chilling untuk riadah gitu ahh. then aku nampak si pelik tu tengah baring dengan seluar pendek and tak berbaju rasanya. then aku nak amik barang and dia pulak panggil aku. and guess what!!? dia suruh aku urut peha dia!!! aku gelepar tetek dah tak tau nak buat apa. haha bangang sungguh mu ni Bad. then dia bagi aku minyak yg dia mintak kat budak f6. wushhh jatuh iman tengok. dah laaa jenis clean jee dia ni,sawo matang gitu,peha mantap pulak tu. aku pun dah macam.,hadehh apa nak buat ni. then aku urut jelaa,lepas tu complain pulak tu cakap aku urut tak kuat. then dia tetiba gi selak seluar pendek aku tu,then dia urut! gila babi sakit siaa!!! aku dah macam pelik apahal budak ni.rupanya dia nak tunjuk kat aku cara ngurut *fuhhh selamat. then aku urut laaa dia macam dia request tu. padahal ada je budak melayu lagi sorang,budak lower lagi,tak nak pulak dia mintak tolong.
time dah nak maghrib, aku dengan dia gi lah bilik mandi. pepaham jela bilik air camping macam mana. lepas tu penuh pulak dengan budak budak lain nak mandi. then aku ni tnggu lah dengan dia ni kat depan bilik air tu. then tiba tiba dia tanya
Si Pelik "weh,kau hisap rokok?"
aku "tak, aku tak hisap"
Si Pelik "dah tu kau isap rokok hidup?"
aku "*wtf aku nak cakap apa nihaaaa ,weh lepas ni khemah nak set macam mana?"
then terus tuka topik. aku dah, aduhaiii apahal niii. tak selesa weh orang tanya gitu,rasa nak keluar jantung. lepas orang dah siap guna bilik air, aku cakap lah kat dia aku
"kau mandi lah dulu weh"
Si Pelik "hakk alaahh kau ni, mandi jelah sekali. dah pukul berapa ni kau ingat?"
and aku pun mandi lah sekali.then ttuuuuttttttttttttt..... haha takda maknanya. takda apa apa pun jadi. then after afew week kawan aku dari sekolah lama pindah kat sekolah aku. dia ni perempuan and aku dengan dia rapat. and lepas kawan aku ni pindah masuk sekolah aku ni si budak pelik tu dah tak bercakap dgn aku. dah tak rapat macam dulu laa.. ok the end
tulah cerita hambar aku hope jangan kecam,yg penting benda betul and tak menipu .alhamdulillah Allah tu selalu ada. bak kata si Izz "mungkin tuhan tengah lindungi kau" but apa apa hal pun aku syukur takda apa jadi. sebab bila aku pikir balik kalau aku terlanjur malam tu memang aku tak dapat nak face the prob dengan sekolah lagi. nak hadap muka dia hari hari lagi. and aku punya study dah tentu akan tunggang langgang. syukur kat tuhan. he knows everything. kesimulannya, jangan lawan takdir and just keep your self untuk orang yang sayangkan kita. and sejuta kali lagi elok kalau hubungan kita dengan partner tak melibatkan sex. gituuwwwww haaaa.
********
update guna fon ni penat woiii!!! haha. okay result keluar 3 March ni. doakan aku dapat result yang okay. and sesiapa yang rasa nak explain pasal IPT semua benda and dengan cos diaa, mohon jasa baik anda email saya . salut!

Friday, 22 January 2016

Normal but Change to Gay


Hye guys!! Lama gila aku tak update blog dah. Kan cakap aku akan lama menghilanng. Aku dah lama nak cerita pasal topic ni.okay, pernah tak korang jumpa or kawan dengan someone yang kau sangka straight and charming. But one tup tup kau tau yg dia tuuuu dah jadi money boy laaa,hadik hadik laa,anak ikan laa, senang citer sebernarnya dia gay.

Ni antara benda yang aku rasa benda yang aku tak boleh terima dalam life aku. Bukan apaaa. Aku just, kau dah ada peluang membesar as straight guy, so just keep on it. Yang nak gi tukar selera lak apasal. Bukan aku nak haling orang tu jadi plu ke apa,aku just tah laaa. Aku sayang orang yg straight then change to plu pulak. Aku tak nak. Sebab aku sayang. Okay nak kasi lagi paham,aku share kes aku. aku ada kawan lelaki yang tersangatlah charming gila berabas,kulit kuning langsat,gigi full cantik punya,hidung mancung,mata besar,kening tebal,senyum manis. Tapi dia ni tersangatlah innocent pasal plu ni. dia ni dah lah anak manja, so bayangkan kalau dia change dia punya selera. Aku tak nak sebab aku sayang dia. Si dia ni selamba badak je selak baju depan hakak hakak yg tak berapa nak hakak. Sampai aku kekadang cubit cubit peha dia,but dia still buat donno. Hishhh nak je aku shoot dia ni. orang sayang kau,then kau sendiri tak nak amik tau pasal benda ni. tak tahulah kalau dah sambung study nanti. Aku harap kau Berjaya lepas dari dunia songsang ni.

And yang lagi satu kes ni pulak, aku namakan dia as MR Z. dia ni tinggi. Hehehe taste sangat. Tapi aku takda lah sampai nak change him to gay. Tak nak citer kisah sweet aku dengan dia kat entry ni *feeling sendiri je sweet,sungguh aku ni tak boleh blahhhh. Okay pasal dia ni,dia meamng ada pakej nak pi jauh dalam dunia plu ni. butt, aku sayang orang yang sekeliling aku ni yg jenis staright dari betukar jadi plu. Tah laa aku ni. okay back the story, aku shock actually bila aku buka purse si MR Z ni. sebab  aku barang barang dia memang aku pegang je and dia pun okay. Tengah aku belek belek then guess what!!??? Aku jumpa name tag lelaki!!! Aku dengan pantas Tanya dia  “woiii!! Nama siapa ni!!??” then dia pun macam tengah piker alasan nak bagi aku. “ehhh tu emm name tag adik angkat aku” . likeee bruhhhh lelaki normal nak lak simpang name tag lelaki dalam purse. And bila aku tengok gambar gambar dia bila dia dah pindah area area Bandar ni,semua kawan yg bertindik sebelah laa,jambu lahhh, and memacam agi ahhh.

Okay aku sebenar bukannya apa, aku kalau boleh aku tak nak kawan kawan,orang sekeliling aku ni jadi macam aku. And di sebabkan ni antara orang terawal yang sedar ketidaklurusan aku antara kawan kawan aku, so aku rasa, ada hikmah semua yg jadi ni. aku rasa tuhan  jadikan aku macam ni  agar orang orang sekeliling aku tak jadi macam aku. And aku pun kene tolong oranng agar tak jadi macam aku. Sebab aku ingat ayat ni

“kalau Kita Tak Mampu Nak Masuk Ke Syurga, At Least Kau Tak Heret  Orang Lain Ke Neraka.”

:- masih di ibu kota. Sesiapa yang nak hangout sesame tu boleh lah email aqramcamileo (at) gmail (dot) com. Aku  rasa kesunyian sebab si izz tengah gi kem. Bosan sugguh sekarang ni.

Tuesday, 29 December 2015

Kenapa Masih Tiada BF?

okay aku sebenarnya tertanya lah jugak kenapa aku ni takda official couple. even dari aku sekolah menengah lagi. yeahh mungkin sebab aku time sekolah menengah dulu rupa selebek nak mati sampai senior or classmate yang muka bangla pun tak tertarik dengan aku. huhuh sad lifekan aku ni.

so aku harap korang boleh share dengan aku apa apa je nasihat TERUTAMA dalam dunia plu ni. yelahh aku harap aku tak tersalah langkah and benda tu boleh musnahkan diri aku on next day. mohon tunjuk ajar dari otai otai tuh yee. :)  . sebenarnyalahkan, aku perlu tips dalam dunia plu aku and aku perlu tahu kenap aku still takda official couple. huuuuuuuu *nangis.

first of all,perlu ke aku come out dengan gaya hadik hadik barulah ada manusia bernama lelaki baru nak melekat dengan aku. emmmmm ,aku kennot go lah nak come out as hadik hadik ni. sebab aku ganas nak mati. haduiiiii masalah masalah. so main point kat sini perlu ke aku tunjuk terang terang yang aku ni plu baru orang nak rapat dengan aku. aku pernah lah jugak sebelum ni bila jumpa lelaki aku senyum, but senyum tak cukup ke? aku ni dah lah manusia yang rabun. muka orang pun payah nak nampak melaiinkan orang tu duduk congok depan aku. any tips my readers?

second, perlu ke aku bermanja manja dengan lelaki?? tak rasa over pulak ke? aku risau nanti aku kena baling batu pulak dengan lelaki. yeahhh paham jelah not all poeple can accept us. aku paling tinggi pernah manja pun dengan si A jela *baca last entry*. sebab tu aku tak boleh move on daripada si A even aku tau yang dia tu straight *apa yg aku rasa sekarang lah pasal dia*. aku ni manusia yang pendiam nak mati lepas tu tetiba nak manja?apa kes? what should i do guys? benda yag tak terlalu obvious and tak sakitkan hati orang lain.?
okay pasal rupa aku tanak lah cerita. sebab aku ni memang takda rupa. but aku tak mintak pun seseorang tu yang ada perfect look,charming,sado semua tu. aku tak pernah kisah pun pasal rupa or saiz org tu. as long as dia matured and paham aku,aku okay je. biarlah berat 50tan pun kalau aku ada chemistry aku on je dengan orang tu. tapi berita sedihnya,sampai sekarang pun still takda sorang yang muncul dalam life aku. hmm dah memang nasib aku laaa aku rasa.

what should i do if lelaki tu buat reaction like tunjuk tunjuk fon time tengah makan,senyum dua tiga kali,selalu gi tandas time tenagh makan. hahahah ke aku yang selama ni bodoh buat donno je? please guys. give me some advice

dari entry ni aku bukan aku nak tunjuk yg aku ni terlalu lapar dengan lelaki. yeahhh but aku just nak tahu kalau aku jadi macam tu or macam ni, apa pandangan orang lama pada orang baru nak up macam aku ni. orag lama bhaii hehe kalau kata orang tua nanti marah pulak. hahaha haaa maroh maroh. huhuh so aku harap korang boleh lah share any tips dari A to Z.

:-okay byee. lama lepas ni tak update blog. huhuhu blog lepas pun cakap macam ni jugak. but this time memang serious. apa apa hal aku harap  boleh lah korang email aku aqramcamileo (at) gmail (dot) com  . yang nak kasi tips tu pun aku harap ada yang boleh email. i have lots of question i wanna ask you.

Sunday, 27 December 2015

My Big Problem

Tak tahu nak update entry pasal apa. tapi tangan gatal nak typing bagai. hahaha biasa blogger baru. okay aku rasa nak cerita pasal problem aku and aku harap you guys can give me some advices. and maybe aku juga boleh bagi sedikit tips macam mana aku barjaya cntrol beberapa problem aku and maybe boleh berguna untuk siapa siapa yang ada problem yang sama dengan aku.



okaylah here it is.
1) MALU
     -aku sebenar manusia yang tersangatlah malu bila nak bercakap dengan orang baru aku kenal.terutama bila orang tu lagi tua dari aku. maybe sebab dia tua dari aku,so i should give him,her some respect. yeahh respect. hidup aku ni sikit sikit respect. hahaha. punca aku malu juga aku rasa maybe sebab aku ni rupa mengalahkan bangla,indon.myanmar. yeahhhh aku memang takda rupa. even dari mula aku masuk sekolah menengah lagi aku dah jadi bahan kawan kawan aku yang boleh di ketegorikan "makhluk yang indah belaka" haaaa so mula mula tu aku fight lahh jugak dengan membahan diorang balik. sampai aku pernah berdiri depan cermin dan smpai aku tanya diri aku sendiri 'aku ni huduh sangat ke?maybe sebab jerawat ni kot orang bahan aku *sedapkan hati. tapi aku rasa.emmm'. and yeahhh lepas dari tu aku tak banyak bercakap. actually aku ni zaman dahulu kala,akulah mulut speaker .sampai orang akan tanya kenapa aku tak riuh kalau sehari tu aku diam.

but bila aku dah tukar sekolah,sikap pendiam aku makin kronik sampai aku rasa aku tak bercakap pun denngan classmate aku. but no wonderlah sebab diorang pun bkan melayu. hoho. then start dari tu lah yang aku start pikir,kita kalau stay dalam kepompong yangkita dah selesa and tinggal dengan enviroment yang korang tinggal dari kecik lagi,boleh lah kita nak bercakap banyak. but bila kat tempat baru, dah sah sah tak semua orang suka kita. so lepas dari tu yang aku jadi makin pendiam maybe sebab aku malas nak cari masalah dengan siapa siapa.  sebab aku tak nak benci orang and aku tak nak orang benci aku. so aku pun buat hal sendiri. rehat sendiri,pergi lab sendiri,pergi library sendiri, semua sendiri lah. sebab aku dah jadi terlalu diam,sampai aku tak tau nak cakap apa dengan orang yang aku baru kenal or orang yg tua dari aku. sebab tu I nak seseorang yg banyak bercakap dalam hidup I.kehkeh .yelahhh kalau dua dua bisu,tak ke kelam je percintaan aku tu nanti. advice plss

2) Tak Malu Talk In Public
     - haaa kann aku dah cakap aku ni pelik nak mati. aku memang jenis manusia yang malu but bila part speak in public aku memang suka. aku suka to face my fear. ecehh haha yela aku just takut kalau benda tu melibatkan seorang individu je. haaa aku kat sekolah dulu active jugak laaa  dalam program yg talk in public ni. cara nak dapat confident face public? senang je. pedulikan apa orang nak kata sebab dia just seorang while ada lagi orang lain yang akan suka kau. yeahh and kalau kau ni jenis manusia yang jenis buat hal sendiri and yg jenis ignore orang, kau sepatut power dalam bab ni. sebab kau tak pedulikan orang lain. haha

3) Easy To Fall
    - orang macam kita ni memang cepat perasaankan kalau lelaki buat ayat sweet or senyum or kenyit mata or apa apa jelah. ke aku je yang macam tu?? haaa no lahhh. aku ni klau orang kenyit mata ke angkat kening ke tunjuk fon trick nak mintak nombor ke, aku lagi buat muka pana. hohoho. but bila si A buat ayat sweet engan aku, tu yang aku macam,hmmmm tangkap crush balik. kalau tak tau siapa A,korang bacalah sendiri entry yang lepas. tak daya nak cerita pasal dia 50 kali. and sekarang ni kerja sementar tunggu result spm aku come out. kerja as apa or kat mana tu secret. kalau aku bagi tahu, buatnya oneday ada student sana ada yang baca blog ni *berangan* tak ke mati. haha but aku kerja yang need to face public.kadang kadang ada yang nak buat pembayaran tu memang luluh nsfsu serakah sampai tak berkelip mata. hahah nak nak kalau yang baru balik bersukan.hoho jilaka kan aku?haha .but kadang kadang aku pelik jugaklah dengan 2,3 student ni yang asyik asyik datang tempat aku untuk buy something. likeee dude kau tak boring ke dah sebulan benda sama? and almost everyday aku akan berjual beli dengan diorang. but ada yang jenis pandang straight to my eyes tu, haduhhh lemah jantung. hahahah but just keep on dengan kerja aku.

kesimpulannya kita ni jangan terlalu cepat feeling kalau orang tu buat eyes contact or ayat sweet or what ever yang korang rasa sweet. sebab kadang kadang diorang takda meaniing pun. kadang kadang lah. hahaha but au ni jenis easy to fall. please share advice plsss.

4) Cepat Terasa
    - aku jenis kuat touching orangnya. yelah,aku tak kacau orang,buat hal sendiri pun kekadang orang nak maki hamun, nak kutuk *rupa terutama. tapi paling sedih bila kita kena maki dengan orang kita sayang. yelahh, aku ni dah lah pendiam even dalam family pun. nak nak kita ni dalam dunia songsang, siapa yang boleh dengar masalah kita? lepas tu kena maki pulak dengan orang yang kita sayang or tangkap crushhh. berderai bhaii hati. tapi nak buat macam mana aku lagi suka diam dari bertekak. u know kalau dua dua keras kepala and tak nak move on, sampai bila bila pun masalah takkan habis. haaaa so aku harap adalah tips untuk aku untuk kasi hati kental sikit.

5) Tak Reti Makan Western Food
   -HAHAHAHAHA benda ni paling memalukan. yeahhh bila orang cakap "wehh!kau ni kampung dohh!" sumpah aku tak kesah. aku lagi rasa nak belajar benda benda macam ni.biarlah orang nak hina pun da benda kita nak belajar.aku pernah celebrate christmas dekat rumah kawan aku sebab sedara dia belah belah Kanada sana ada datang Malaysia. akuuu pun bila tengok menu dia masak macamm bruhhhhh apa ni. hahah yang aku telan lazania,mash potato dngan corn dgn oregano,lamb, pastu tah cendawan sumbat apa tahhh *tekak melayu aku kembang telan cendawan tuh. haha . and percaya atau tak aku tak pernah makan macaroon *tah tak reti ejaa. hahahahahah.aku ni bukan anak orang senang yang ada duit senang senang je masuk restoran western food,bakery yg gah gah. nak harapkan diri sendiri masuk memang sampai kiamat pun tak berani masuk.nak harapkan kawan bawak, kawan taraaa. haha sadlife. kawan semua tekak melayu,paling tinggi pun pizza jelah boleh go dengan diorang. nak harapkan someone bawak, someone pun tara.kahkah yg ni paling sedih. aku perbetulkan kat sini, aku cakap pasal bawak aku,bukan belanja aku. nanti tak explain betul betul ada yang cop aku ni kaki pau orang. haaaa

6)Perlu Jadi Market Ke?
    -haaaa yang ni aku nak tau dari dulu lagi. adakah punca aku tidak ada someone sebab aku terlalu rendah diri?mengalah?jenis redha? ke dalam dunia plu ni kita kena kekwat?market?barang kita pakai kena branded?  duit kena kepuk? barang untuk badan sendiri dekat dengan 1k? haha. aku rasa aku kena pergi kelas bimbingan plu lah. hahahahaha. sebab aku rasa aku terlalu kosong all about this. haaaa aku harap ada yang ikhlas boleh tolong aku.

ni jelah aku rasa big problem aku. sebenar banyak lagi. kalau nak tulis berpuluh muka surat pun tak habis.hahaha guys please help me? untung untung advice tu orang lain boleh guna juga. yeahh aku tahu makin aku bercerita pasal diri aku maka makin ramai yang benci aku. aku harap apa yg korang benci tu korang boleh cakap, untuk aku improve my self.

:- okay nak chaw dari kl. ingat jumpa jodoh, jodoh lari tengok aku.hahaha apakan daya, rupa tiada. kalau ada apa apa just email aqramcamileo(at)gmail(dot)com . aku akan reply sepantas kilat sebab tengah cuti. hoho . salut!

Dia gay ke? tapi dia ada gf?

hari ni terasa nak cerita pasal si A. actually aku pun tak ingat macam mana aku boleh kenal si A ni. hahahhahah apalah aku ni. see? crush sendiri pun boleh lupa. ni kan pulak benda lain. seriously aku memang ada penyakit mudah lupa even punca gaduh dengan orang pun aku kekadang aku lupa. hahahah percaya atau tak, nama classmate aku yg aku ingat tak sampai 10 orang pun. aku pun tak tau lah apa masalah dengan aku ni.

okay okay dah stop mengarut, sebelum kena maki hamun. okay back to the story, aku start crush dengan dia since first i know him. lepas tu dia pulak jenis melayan kan. actually kami orang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. walaupun sekolah A ni dengan sekolah aku tak jauh pun. But maybe sebab aku tinggal jauh dari sekolah tu yang aku tak pernah nampak pun si kening tebal ni.haha. lepas aku dah chatting dengan dia, and dia pulak layan aku baik, so aku pun dengan pantas merancang rancangan. hehehe. takda apa pun. jangan kau ingat aku nak melucah. blog aku virgin lagi woi. haaa aku pun try lah bermanja manja sikit dengan dia like 'sayang''baby''u and i''awak and saya''bie and hubby' and guess what? dia layan otak gila aku jugak. huhuhuuhuhuuhu. aku pun dah start bercrush crush bila hari hari kita orang contact. like seriously? lelaki normal nak ke chat dengan lelaki hari hari? lelaki dia tak kenal pulak tu.

si A ni selalu suruh aku solat bagai. haaaa kira dia ni bawak pengaruh baik jugak lah dalam life aku. keluarga si A ni jenis keluarga berpelajaran. kau bayanglah bapak dia pun baru je grad dekat Universiti nombor satu malaysia. so no wonder anak soleh and pandai.okay sambung balik, after 6 month kami contact guna fon je, lepas tu adalah sekolah daerah kami ni buat seminar kat mana tah. taktau nama tempat tu. then aku pun dah excited bagai nak jumpa dia. aku cakap kat dia yang aku nak duduk sebelah dia and aku suruh dia jaga tempat takut aku datang lambat sebab aku gi dengan cikgu lelaki muda. tinggi cikgi aku tuh. nanti lah aku cerita pasal dia. hahah ade ke orang baca? haha memang takda orang bukak pun blog aku ni. haha okay then besoknya guess what? memang gerak lambat -.-  . haishh sabar jelahdgn cikgu aku ,nasib kau menarik haritu hohoh. then aku masuklah dalam  class tu. bayangkan  student sains satu daerah dia sumbat dalam bilik kuliah yang untuk 70 student. then aku cari si A, aku nampak dia, then dia buat muka cakap seat dah penuh.

then bila break time aku pun gilah kat kantin sana, aku gerak dengan classmate aku budak perempuan india. aku tengok dia makan dengan kawan kawan dia. aku pun makan lah dengan budak cina.lepas siap dia pun panggil aku.it was first time aku jumpa dia. dia ni jenis berbulu -.- , putih, gigi cantik, janggut ciput bawah bibir *wahhhh taste sangat hahahahahahahs,hidung mancung and muka bjerawat sikit, muka dia senang cerita ala ala arab gituu + kulit sawo matang. aku pun dah malu habis hahaha. so aku tak cakap banyak. then lepas habis seminar tu, akuterus kena balik lahabau punya cikgu. haishhh tak sempat bergambar.

then ade lagi seminar 2,3 hari lepas tu. kali ni dekat jee dengan sekolah aku. jalan kaki berjemaah pun boleh. so kali ni pun lagi sekali lambat -.- haishh apalah masalah sekolah aku ni. tapi kali ni cerita dia sedih sikit. time break for lunch, aku pun terus bergegas kejar si A ngan kawan kawan dia. then kami borak jap sambil jalan then aku ikut jelah dia. pastu tetiba dia tnya "ehh kau nak kemana?" "ehhhh em aku nak gi kantin. haaa sorry kacau korang." aku cover. sumpah time tu aku rasa macam pffftttt.  dah lah time aku kejar dia tu aku tinggalkkan kawan aku *pengajaran, jangan tinggalkan kawan untuk someone yg kau kejar. then lepas habis seminar tu, aku terus chaw. then dia ws aku,

A:wehhh kau kat mana?

aku:aku balik dah

A:lahh,baru nak selfie dengan kau

aku:ohh

then aku diam sebab touching. lepas tu kami back to normal. start dari tu aku dah tak secrush dia macam dulu.tapi still crush laa.huhuhu tapi apa yang peliklah kan, dia ada gf? tu yang aku konfius dia ni apakah sebenarnya.tapi kenapa dia reply je setiap kali aku chat dia,padahal dia ramai je kawan lain,busy main bola,busy dengan awek, and kenapa dia layan je chat chat aku yg sweet bagai tu.? adakah dia plu?? ?


:- hari isnin balik rumah. chaw dari kl setelah jahanam duit. sudah ada kawan yang cancel last minit time aku dah sampai tempat nak jumpa tu.bruhhh tu yang buat duit aku jahanam tu