Kebiasaannya manusia ni kalau dia menulis selalunya tengah sedih,melalak,meratak dengan sesuatu benda. And know my turn. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Seriously rasa nak menangis. Ya tuhan, kuatkan lah aku. Aku dah tak sanggup nak hadap being as a gay ni dah. Sakit gila hati, kecewa hati ni . Okay let me tanya you guys if your CRUSH yang treat you guys macam couple dia dah yang you guys ingatkan straight,and korang respect dia as straight guy, then dapat tahu yg dia gay and kejar orang yg selalu ada kat sekeliling kau and kau nampak dengan biji mata kau sendiri yg dia chat org tu. SUMPAH aku dah tak sanggup nak hadap. SEBULAN KEMUDIAN. Kahkah. Mula mula tu aku tak boleh move on jugak lah. Acah sedih sebab konon habang "seterek" yg aku crush tu chat mak hayam besar. But tah lah. After a month, aku tak ingat dah pasal dia. HOHOHOHO rasa macam "ehh kita pernah kenal ke dulu?". Bukan nak kata apa, just nak cakap, tak guna pun jadi manusia yg jenis nak game orang ni. Jenis nak lepas tekak, bila orang ni takda, kau cari orang lain, bila orang tu takda, kau cari orang lain. Bruhhhh. Ingatlah teman teman ku. Janganlah korang menjadi moneyboy. Kerana sesungguhnya itu perbuatan yg teramat keji dan pfffftttt HAAHAHAHAHAHHA.
Sunday, 26 June 2016
Wednesday, 24 February 2016
Rahsia Terbongkar!?
okay setelah puas aku kerjakan phone baru yang cikai ni akhirnya baru sekarang ada masa nak up entry. haha aku ni quite 'perak' lah jugak. well hello! suka hati lah aku nak hidup, makan,mandi semua dengan barang aku. hasil titik peluh sendiri kay! aku tak mintak simpati mintak satu sen pun duit orang lain. blaa blaaa. hahahaha tetiba emo pulak apa kes!? haha.
back to the title,tah lah tetiba tergerak hati aku nak cerita pasal topik ni. maybe sebab ada something yang viral berlaku sekarang ni buat aku rasa nak open pasal benda ni. setelah phone aku jahanam 3 minggu tu enn, akulah manusia paling lost aku rasa kat dunia ni. haha dengan berita pun ada tv3 je ada. tak habis habis pasal politik, so aku decide untuk tak tengok tv langsung. so apa aku buat? habiskan masa dengan sebakul novel lah jawab dia and ada lah aku tanam tanam sayur gitu. uhukkk aku ni memang jenis suka menanam ni,cinta alam sekitar gitu. hoho. selepas keberadaan phone baru yang cikai ni, aku pun dengan ghairahnya membelek segala benda, then aku terjumpa berita pasal pelajar Malaysia yang di buang keluarga. Mula mula aku tak baca pun lah berita tu,aku just baca title je then scroll balik. then lepas berapa hari lepas tu, aku pun tergerak hati untuk search pasal berita tu. time baca berita tu aku pun nampak nama student tu. aku macam shock jugak *ehh takkan dia kot* . then scroll lagi nampak gambar dia. aku macam like dude! keciknya dunia ni. nak tahu sebab apa aku kata keciknya dunia ni, PM aku dekat hangout, then aku akan cerita.
apa yang aku nak cakap kat sini, aku semenjak dua menjak ni aku rasa macam something wrong some where dengan ahli keluarga aku. yeahh sebab ada sorang ahli keluarga aku ni ada kawan yang bukan calang calang orang dalam dunia fashion kat Malaysia ni. so paham paham jelaaa, kalau dah kawan dengan fashion designer ni. dah sah ramai kawan yang *korang paham lah apa maksud aku kan*. pada suatu hari ,jeng jeng jeng! hahaha tak nak serious sangat. pada hari tu time tengah makan dengan family ni semua ,boleh dia bukak cerita pasal kawan dia yang gay. lepas tu tiba tiba dia cakap "mak mana yang tak luluh hati bila dengar anak diorang gay" aku time tu dah macam takda mood dah. then aku makan cecepat then blahh masuk bilik. then adalah haritu aku dengan ahli keluarga aku yang power gaydar dia ni keluar nak usha jam dengan kasut baru. malas nak keluar naik kereta sebab jam, so naiklah train. sebab mall tu dekat je dengan rumah. then tengah borak pasal peritiwa yg berlaku time dalam train di mana ada pasangan gay yang berani mati berpelukan dalam train. lepas tu aku dengan ahli keluarga aku tu pun borak borak pastu tetiba dia cakap "ehh kau bukan gay jugak ke?" lepas tu dia gelak gelak. "kepala hotak kau!"aku marah dia sambil buku lima ni melekat belakang dia. pastu dia cakap "aku ingat kau gay". pffttttttt
berdasarkan apa yang berlaku, aku risau dengan apa yang akan jadi. aku just harap ujian aku tak seteruk ujian student Malaysia tu. aku tak boleh bayangkan apa akan jadi. what should i do to make it more secret??? hmmmm. aku harap aku jumpa *lelaki* pertama dan terakhir ,yang percaya aku, yang aku boleh cerita semua pasal aku, dan mampu tarik aku untuk keluar dari dunia ni dan aku akan usahakan untuk tarik dia keluar dulu dari dunia ni. aku harap aku jumpa dia secepat mungkin. semoga segalanya di permudahkan Allah.
*******
rasa macam nak gi tengok movie PPZ lah pulak. aku ni suka genre ala ala katholik, victoria, zombie gini. rare bohhh alaa alaa art gitu. so sesiapa berminat nak teman? hahaha. MR Bad ni keseorangan ni. no cubby please. kahkah macam cibek jee bukak PR. no lahhh aku tak kesah pun kau macam mana. kita nak kawan, kalau serasi apa salah untuk next step. uhukss *baling batu. okaylah sampai sini je.
salut!
Friday, 19 February 2016
Pengalaman Hampir di perkosa
yaaa tuhan.. lama gila aku tak up blog. bukan apa, aku ada masalah sikit nak update ni. then berita paling sedih and macam tutttt bila aku dah spend duit gaji aku dekat barang barang aku then malam tu pulak fon aku rosak!! hadehhh apalah nasib aku ni haaa. dan dengan itu, gagah lah aku berjalan kat kl tu tanpa fon. and bila balik rumah dekat hometown aku, aku menghabiskan masa dengan novel yg bertimbun atas meja ni haa. 3 minggu wehh hidup takda fon + astro prob tak boleh tengok. aku rasa macam nak terjun bangunan jehaaa. okay sebelum aku melalut sampai kemana,kita back to main point.
mesti ramai terkezut bila tengok title entry ni kan? okay aku nak clean awal awal,entry ni takda cerita pasal sesiapa yang ternoda pun.hahaha potong stim tak? hohoho. dalam life aku,aku ada beberapa pengalaman yang berunsur kearahhh plu & sex dan sekarang baru aku relaise semua benda ni. maksud aku sebelum ni aku tak pernah nak pikir sejauh ni pasal benda benda ni,aku pikir gitu gitu je. and sekarang baru aku sedar yg diorang is gay too!!! *maybe. time aku sekolah menengah dulu aku ada lah follow pergi kem kebangsaan dekat cameron. seminggu duduk sana and macam macam jadi either bad or good. and aku pun adalah kenal sorang budak laki ni, dia ni tua setahun dari aku *rasanyalah. dia ni taste jugak lahhh sebab sado badan dia *hagaha!! jilaka enn. dia ni time bebudak cubby,then dah besar hamik kau! leleh tengok.
update guna fon ni penat woiii!!! haha. okay result keluar 3 March ni. doakan aku dapat result yang okay. and sesiapa yang rasa nak explain pasal IPT semua benda and dengan cos diaa, mohon jasa baik anda email saya . salut!