okay setelah puas aku kerjakan phone baru yang cikai ni akhirnya baru sekarang ada masa nak up entry. haha aku ni quite 'perak' lah jugak. well hello! suka hati lah aku nak hidup, makan,mandi semua dengan barang aku. hasil titik peluh sendiri kay! aku tak mintak simpati mintak satu sen pun duit orang lain. blaa blaaa. hahahaha tetiba emo pulak apa kes!? haha.
back to the title,tah lah tetiba tergerak hati aku nak cerita pasal topik ni. maybe sebab ada something yang viral berlaku sekarang ni buat aku rasa nak open pasal benda ni. setelah phone aku jahanam 3 minggu tu enn, akulah manusia paling lost aku rasa kat dunia ni. haha dengan berita pun ada tv3 je ada. tak habis habis pasal politik, so aku decide untuk tak tengok tv langsung. so apa aku buat? habiskan masa dengan sebakul novel lah jawab dia and ada lah aku tanam tanam sayur gitu. uhukkk aku ni memang jenis suka menanam ni,cinta alam sekitar gitu. hoho. selepas keberadaan phone baru yang cikai ni, aku pun dengan ghairahnya membelek segala benda, then aku terjumpa berita pasal pelajar Malaysia yang di buang keluarga. Mula mula aku tak baca pun lah berita tu,aku just baca title je then scroll balik. then lepas berapa hari lepas tu, aku pun tergerak hati untuk search pasal berita tu. time baca berita tu aku pun nampak nama student tu. aku macam shock jugak *ehh takkan dia kot* . then scroll lagi nampak gambar dia. aku macam like dude! keciknya dunia ni. nak tahu sebab apa aku kata keciknya dunia ni, PM aku dekat hangout, then aku akan cerita.
apa yang aku nak cakap kat sini, aku semenjak dua menjak ni aku rasa macam something wrong some where dengan ahli keluarga aku. yeahh sebab ada sorang ahli keluarga aku ni ada kawan yang bukan calang calang orang dalam dunia fashion kat Malaysia ni. so paham paham jelaaa, kalau dah kawan dengan fashion designer ni. dah sah ramai kawan yang *korang paham lah apa maksud aku kan*. pada suatu hari ,jeng jeng jeng! hahaha tak nak serious sangat. pada hari tu time tengah makan dengan family ni semua ,boleh dia bukak cerita pasal kawan dia yang gay. lepas tu tiba tiba dia cakap "mak mana yang tak luluh hati bila dengar anak diorang gay" aku time tu dah macam takda mood dah. then aku makan cecepat then blahh masuk bilik. then adalah haritu aku dengan ahli keluarga aku yang power gaydar dia ni keluar nak usha jam dengan kasut baru. malas nak keluar naik kereta sebab jam, so naiklah train. sebab mall tu dekat je dengan rumah. then tengah borak pasal peritiwa yg berlaku time dalam train di mana ada pasangan gay yang berani mati berpelukan dalam train. lepas tu aku dengan ahli keluarga aku tu pun borak borak pastu tetiba dia cakap "ehh kau bukan gay jugak ke?" lepas tu dia gelak gelak. "kepala hotak kau!"aku marah dia sambil buku lima ni melekat belakang dia. pastu dia cakap "aku ingat kau gay". pffttttttt
berdasarkan apa yang berlaku, aku risau dengan apa yang akan jadi. aku just harap ujian aku tak seteruk ujian student Malaysia tu. aku tak boleh bayangkan apa akan jadi. what should i do to make it more secret??? hmmmm. aku harap aku jumpa *lelaki* pertama dan terakhir ,yang percaya aku, yang aku boleh cerita semua pasal aku, dan mampu tarik aku untuk keluar dari dunia ni dan aku akan usahakan untuk tarik dia keluar dulu dari dunia ni. aku harap aku jumpa dia secepat mungkin. semoga segalanya di permudahkan Allah.
*******
rasa macam nak gi tengok movie PPZ lah pulak. aku ni suka genre ala ala katholik, victoria, zombie gini. rare bohhh alaa alaa art gitu. so sesiapa berminat nak teman? hahaha. MR Bad ni keseorangan ni. no cubby please. kahkah macam cibek jee bukak PR. no lahhh aku tak kesah pun kau macam mana. kita nak kawan, kalau serasi apa salah untuk next step. uhukss *baling batu. okaylah sampai sini je.
salut!
ok dh khatam baca blog ko..haha
ReplyDeletehahaah!! Finally. hope makin memahami lepas ni. Haha *aqram
ReplyDelete