Sunday, 27 December 2015

Dia gay ke? tapi dia ada gf?

hari ni terasa nak cerita pasal si A. actually aku pun tak ingat macam mana aku boleh kenal si A ni. hahahhahah apalah aku ni. see? crush sendiri pun boleh lupa. ni kan pulak benda lain. seriously aku memang ada penyakit mudah lupa even punca gaduh dengan orang pun aku kekadang aku lupa. hahahah percaya atau tak, nama classmate aku yg aku ingat tak sampai 10 orang pun. aku pun tak tau lah apa masalah dengan aku ni.

okay okay dah stop mengarut, sebelum kena maki hamun. okay back to the story, aku start crush dengan dia since first i know him. lepas tu dia pulak jenis melayan kan. actually kami orang tak pernah berjumpa pun sebelum ni. walaupun sekolah A ni dengan sekolah aku tak jauh pun. But maybe sebab aku tinggal jauh dari sekolah tu yang aku tak pernah nampak pun si kening tebal ni.haha. lepas aku dah chatting dengan dia, and dia pulak layan aku baik, so aku pun dengan pantas merancang rancangan. hehehe. takda apa pun. jangan kau ingat aku nak melucah. blog aku virgin lagi woi. haaa aku pun try lah bermanja manja sikit dengan dia like 'sayang''baby''u and i''awak and saya''bie and hubby' and guess what? dia layan otak gila aku jugak. huhuhuuhuhuuhu. aku pun dah start bercrush crush bila hari hari kita orang contact. like seriously? lelaki normal nak ke chat dengan lelaki hari hari? lelaki dia tak kenal pulak tu.

si A ni selalu suruh aku solat bagai. haaaa kira dia ni bawak pengaruh baik jugak lah dalam life aku. keluarga si A ni jenis keluarga berpelajaran. kau bayanglah bapak dia pun baru je grad dekat Universiti nombor satu malaysia. so no wonder anak soleh and pandai.okay sambung balik, after 6 month kami contact guna fon je, lepas tu adalah sekolah daerah kami ni buat seminar kat mana tah. taktau nama tempat tu. then aku pun dah excited bagai nak jumpa dia. aku cakap kat dia yang aku nak duduk sebelah dia and aku suruh dia jaga tempat takut aku datang lambat sebab aku gi dengan cikgu lelaki muda. tinggi cikgi aku tuh. nanti lah aku cerita pasal dia. hahah ade ke orang baca? haha memang takda orang bukak pun blog aku ni. haha okay then besoknya guess what? memang gerak lambat -.-  . haishh sabar jelahdgn cikgu aku ,nasib kau menarik haritu hohoh. then aku masuklah dalam  class tu. bayangkan  student sains satu daerah dia sumbat dalam bilik kuliah yang untuk 70 student. then aku cari si A, aku nampak dia, then dia buat muka cakap seat dah penuh.

then bila break time aku pun gilah kat kantin sana, aku gerak dengan classmate aku budak perempuan india. aku tengok dia makan dengan kawan kawan dia. aku pun makan lah dengan budak cina.lepas siap dia pun panggil aku.it was first time aku jumpa dia. dia ni jenis berbulu -.- , putih, gigi cantik, janggut ciput bawah bibir *wahhhh taste sangat hahahahahahahs,hidung mancung and muka bjerawat sikit, muka dia senang cerita ala ala arab gituu + kulit sawo matang. aku pun dah malu habis hahaha. so aku tak cakap banyak. then lepas habis seminar tu, akuterus kena balik lahabau punya cikgu. haishhh tak sempat bergambar.

then ade lagi seminar 2,3 hari lepas tu. kali ni dekat jee dengan sekolah aku. jalan kaki berjemaah pun boleh. so kali ni pun lagi sekali lambat -.- haishh apalah masalah sekolah aku ni. tapi kali ni cerita dia sedih sikit. time break for lunch, aku pun terus bergegas kejar si A ngan kawan kawan dia. then kami borak jap sambil jalan then aku ikut jelah dia. pastu tetiba dia tnya "ehh kau nak kemana?" "ehhhh em aku nak gi kantin. haaa sorry kacau korang." aku cover. sumpah time tu aku rasa macam pffftttt.  dah lah time aku kejar dia tu aku tinggalkkan kawan aku *pengajaran, jangan tinggalkan kawan untuk someone yg kau kejar. then lepas habis seminar tu, aku terus chaw. then dia ws aku,

A:wehhh kau kat mana?

aku:aku balik dah

A:lahh,baru nak selfie dengan kau

aku:ohh

then aku diam sebab touching. lepas tu kami back to normal. start dari tu aku dah tak secrush dia macam dulu.tapi still crush laa.huhuhu tapi apa yang peliklah kan, dia ada gf? tu yang aku konfius dia ni apakah sebenarnya.tapi kenapa dia reply je setiap kali aku chat dia,padahal dia ramai je kawan lain,busy main bola,busy dengan awek, and kenapa dia layan je chat chat aku yg sweet bagai tu.? adakah dia plu?? ?


:- hari isnin balik rumah. chaw dari kl setelah jahanam duit. sudah ada kawan yang cancel last minit time aku dah sampai tempat nak jumpa tu.bruhhh tu yang buat duit aku jahanam tu

No comments:

Post a Comment